• Shah Alam, Selangor
  • +603 5522 3543 / 3436
  • bhea@unisel.edu.my

MOU ANTARA UNISEL & SUHAKAM

Warga Universiti Selangor (UNISEL) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bersetuju untuk memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama dalam hak asasi manusia melibatkan bidang pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Memorandum ini bertujuan untuk mewujudkan dan meningkatkan hubungan kerjasama yang erat dalam bidang pendidikan secara amnya dan dalam pengenalan kursus/program hak asasi manusia secara khususnya. Oleh itu, Pusat Pembangunan Pengajian Asasi, Unisel dengan kerjasama SUHAKAM akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia di Unisel.

SUHAKAM menurut Seksyen 4(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 mempunyai fungsi utama untuk menggalakkan kesedaran terhadap perlindungan hak asasi manusia serta menggalakkan pendidikan berkaitan hak asasi manusia. Seterusnya di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan SUHAKAM telah secara berterusan melaksanakan program-program dan dasar-dasar untuk menggalakkan pemakaian aspek hak asasi dalam sistem pengajaran di Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman dan amalan hak asasi manusia dalam kalangan pelajar dan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. Semoga kerjasama daripada kedua-dua pihak ini dapat memberi impak yang positif dalam membangunkan para intelek negara. Sekian, Terima Kasih.

Need More Information?

Our faculty provides an exposure to real working environment via various programmes and the latest news about them will be announced through various communication channels, including Facebook and this website.

Contact Us